read this ;)


SUPER B neh ikhlas dari hati saya. saya juga mencintai awak seikhlas hati saya. maybe sebelum neh saya tak pandang awak :( tapi lepas awak luahkan perasaan awak dekat saya. saya  dapat menerima awak sebagai pengganti. tapi itu dulu sekarang saya dah mula sedar saya bahagia bila bersama awak. awak sentiasa ada untuk saya. mungkin sekarang kita tak boleh jadi macam dulu lagi dh. nak jumpa pun bila tentu dapat lagi. sekarang saya dah jauh dari awak. awak saya sayang awak. jangan awak curang dengan saya yea :) saya akan setia dengan awak walaupun kadang kadang hati saya terusik. tapi sayang saya pada awak lagi kuat. saya akan mempertahankan.

kata kata ikhlas dari siburuk ^^

Tips Cinta Jarak Jauh :')

Tiada sesiapa pun mahukan hubungan cinta jarak jauh disebabkan rasanya yang terseksa dan kerinduan yang terlampau. Namun, setiap halangan pasti ada penyelesaiannya. Apakah rahsianya? Ikuti beberapa tips ini untuk menjadikan hubungan ini berkekalan!


Tips 1
Tanam sifat percaya pada pasangan masing-masing
Bukan mudah untuk kita berjauhan dengan orang tersayang. Pabila teringat, pasti timbul bibit curiga mula mengulit perasaan. Setiakah dia di sana? Sebenarnya, kepercayaan adalah satu perkara penting untuk hubungan ini. Bina sifat percaya antara kedua-dua belah pihak kerana ia penting untuk mengelakkan diri daripada sentiasa berfikiran negatif antara satu sama lain.

Tips 2
Dari email ke snailmail
Excitement mungkin semakin hambar untuk menerima khabar darinya akibat terlalu kerap berbalas email. Apatah lagi kiriman sms yang kerap kali diterima menyebabkan komunikasi bertukar kepada suram. Adakalanya, mengamalkan kaedah lama seperti memucuk surat mampu menerbitkan rasa rindu yang meluap-luap. Ini kerana kiriman surat membuatkan anda tertunggu-tunggu dan tidak sabar untuk membaca kandungannya.

Tips 3
Sama-sama bersetuju dengan keputusan untuk berjauhan
Apabila salah seorang daripada anda terpaksa berjauhan, pastinya situasi ini meresahkan. Keputusan untuk berjauhan perlu diambil kira perasaan pasangan anda. Kata sepakat adalah sangat penting untuk mengekalkan hubungan cinta jarak jauh. Pastikan kedua-dua belah pihak sama-sama bersetuju untuk berdepan keputusan ini. Usah bimbang, cinta yang matang biasanya dapat menghindari perpisahan.

Tips 4
Buat kejutan untuk si dia
Berikan kejutan demi kejutan kepada pasangan untuk mengubati kerinduan. Antaranya, kirimkan sejambak mawar merah berserta coklat. Ataupun berikannya lawatan mengejut agar si dia lebih menghargai dirimu kerana pengorbanan yang sanggup dilakukan. Pastinya rindu yang mengulit jiwa terubat pabila diri diberikan kejutan yang menyeronokkan.

waa neh pun aku just copy paste dari majalah Eh! hope dapat memberi manfaat yea ;)


rindu masa neh. bila kita dapat bersama lagi yea? 


kata kata ikhlas dari siburuk ^^

sorry saya tak marah tapi --'


aku terkejut tbe tbe dapat mesej dari kau kat inbox fb aku. then kau cakap mcm tuh kat aku kalau mmber aku ada tnye apa apa. eh apsal plk neh? okay aku dah rasa apa yg akan terjadi lepas neh sbb dye ada citer pasal kau hari tuh then hati aku mmg dh rasa lain. tapi takpe lah aku dh tak kesah. td aku baru buka blog mmber aku neh aku dye tulis pasal neh

V
|
|


so tak boleh cakap apa lagi. tapi kalau aku silap aku minta maaf tapi firasat aku mmg mengatakan yea. so kalau korg nak couple, couple lah. aku dh tak kisah. kawan sorry aku post pasal neh kalau kau nak couple dgn dye aku tak kisah. aku tak marah lah okay :') to si dia please jgn nk gunakan aku lagi.

kata kata ikhlas dari siburuk ^^