Tips Cinta Jarak Jauh :')

Tiada sesiapa pun mahukan hubungan cinta jarak jauh disebabkan rasanya yang terseksa dan kerinduan yang terlampau. Namun, setiap halangan pasti ada penyelesaiannya. Apakah rahsianya? Ikuti beberapa tips ini untuk menjadikan hubungan ini berkekalan!


Tips 1
Tanam sifat percaya pada pasangan masing-masing
Bukan mudah untuk kita berjauhan dengan orang tersayang. Pabila teringat, pasti timbul bibit curiga mula mengulit perasaan. Setiakah dia di sana? Sebenarnya, kepercayaan adalah satu perkara penting untuk hubungan ini. Bina sifat percaya antara kedua-dua belah pihak kerana ia penting untuk mengelakkan diri daripada sentiasa berfikiran negatif antara satu sama lain.

Tips 2
Dari email ke snailmail
Excitement mungkin semakin hambar untuk menerima khabar darinya akibat terlalu kerap berbalas email. Apatah lagi kiriman sms yang kerap kali diterima menyebabkan komunikasi bertukar kepada suram. Adakalanya, mengamalkan kaedah lama seperti memucuk surat mampu menerbitkan rasa rindu yang meluap-luap. Ini kerana kiriman surat membuatkan anda tertunggu-tunggu dan tidak sabar untuk membaca kandungannya.

Tips 3
Sama-sama bersetuju dengan keputusan untuk berjauhan
Apabila salah seorang daripada anda terpaksa berjauhan, pastinya situasi ini meresahkan. Keputusan untuk berjauhan perlu diambil kira perasaan pasangan anda. Kata sepakat adalah sangat penting untuk mengekalkan hubungan cinta jarak jauh. Pastikan kedua-dua belah pihak sama-sama bersetuju untuk berdepan keputusan ini. Usah bimbang, cinta yang matang biasanya dapat menghindari perpisahan.

Tips 4
Buat kejutan untuk si dia
Berikan kejutan demi kejutan kepada pasangan untuk mengubati kerinduan. Antaranya, kirimkan sejambak mawar merah berserta coklat. Ataupun berikannya lawatan mengejut agar si dia lebih menghargai dirimu kerana pengorbanan yang sanggup dilakukan. Pastinya rindu yang mengulit jiwa terubat pabila diri diberikan kejutan yang menyeronokkan.

waa neh pun aku just copy paste dari majalah Eh! hope dapat memberi manfaat yea ;)


rindu masa neh. bila kita dapat bersama lagi yea? 


kata kata ikhlas dari siburuk ^^